Selasa

Salam Aidil Adha

Cuaca yang agak gerimis, angin yang tidak sempoi bahasa dan kilat juga banyak sambar syaitan malam ini (bak kata ustazah). Malam yang mendukacitakan bagi para pengayuh sekalian. Sudah beberapa malam cuaca tidak begitu baik, mungkin ini masanya aku melihat beberapa movie menarik bagi mengisi masa lapang.

Sempena Hari Raya Haji esok, aku menonton cerita RED lakonan Bruce Willis yang bermaksud Retired and Extremely Dangerous. Mengisahkan tentang pesara CIA yang diburu dan dikehendaki mati atas dasar kepentingan politik. Tembak tembak, bunuh bunuh dan aku masih mencari apa kaitannya dengan hari raya esok. Sepatutnya aku tengok Taubat Nasuha.

Baiklah. Bila movie sudah habis, perut menjadi lapar. Untuk pengetahuan pada malam raya, memang sukar untuk mencari kedai mamak tengah pagi begini. Mereka mahu beraya juga jadi 90% mamak akan tutup awal. Mahu makan fastfood memang tiada duit segera. Jadi, Selamat Malam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha Kalian.

2 ulasan:

  1. slam aidiladha..
    nice blog..
    jom join blog..
    http://prettydollie-truestory.blogspot.com

    BalasPadam