Mungkin patut ucap Selamat Petang semua. Seperti yang dijanjikan pada entri separa lepas, aku mahu membincangkan satu topik yang agak berat. Apa yang berat, mari aku tunjukkan kata-kata seorang budak 10 tahun ini.
" Abang ni kenapa dengar lagu Lady Gaga, Freemanson tu. Tutup-tutup! "
Budak-budak sekarang pun dah pandai bercakap mengenai Freemanson, Zionist, Yahudi, Illuminati. Agak terkejut juga tapi aku fikir budak-budak sekarang pun sudah ada account facebook jadi benda-benda ini tersebar cepat. Persatuan-persatuan rahsia ( dahulu ) ini yang sekarang mungkin sudah terbuka dan orang lebih kenal dengan persatuan ' yang mempunyai rahsia ' sudah banyak pihak yang pecahkan rahsia mereka. Ada pihak berkata ia ada kaitanan dengan Dajjal seperti yang aku kata pada entri lepas " All Seeing One Eye ". Berkaitan dengan Zionist malah ada yang mengatakan pemimpim-pemimpin Malaysia ada kaitan dengan mereka.
Bukan mahu mengatakan aku betul, bukan mahu mengatakan mereka salah, bukan mahu mengaibkan orang tapi aku mahu kita sedar. Apa tujuan anda mengkaji benda-benda ini, hendak bagi menakutkan orang-kah, hendak menunjukkan kebenaran-kah. Apa tindakkan orang yang melihat video-video, entri-entri tentang benda-benda ini? Kebanyakkan hanya pandai bercakap saja, pandai share pada facebook sahaja tapi tiada tindakkan untuk mengubah diri mereka. Betul? Memang bagus ada ilmu yang kita tidak tahu, tapi ia benar-benar berguna pada kita-kah atau ia boleh mengubah kepercayaan kita.
Baiklah. Tidak mahu bercakap banyak, nanti orang cakap aku pandai cakap sahaja tapi sebelum itu aku mahu beritahu, mahu ingatkan. Dengan siapa sebenarnya yang kita perlu takut, dengan siapa kita harus berserah? Buka hati anda pada kebenaran, jangan terlampau obses dengan benda-benda ini sampai lupa tanggungjawab anda. Apa yang diceritakan, apa yang dipertontonkan memang benar, Dajjal memang ada, Kiamat pasti muncul, Freemason, Illuminati memang ada tapi apa persiapan kita? Apa yang kita hendak buat kalau Dajjal muncul?
Duduk depan komputer search video " macamana nak hapuskan Dajjal "?
ss : jangan selalu cari salah orang nanti kita sendiri tidak terjaga. ada baiknya kita jaga hati kita dan biar orang salah itu tidak berani kacau kita. Do the best let God do the rest.
tulah. nk tngkp gmbr buat peace pn xley. konon simbol freemason iluminati bla3 jugak. ceshh -.-"
BalasPadamhaha. yang penting niat, bukan perbuatan.
BalasPadam