Khamis

Ini Baru Betul Cinta

"Pin Pin Pin"

Motor siapa pula memekak petang-petang buta ni, jangan-jangan Abang Pin. Dia ni tak faham-faham ke aku tak mahu beli produk air jus kaki dia. Kalau nak bagi free pun aku tak ingin, banyak lagi air aku boleh minum dan lebih berkhasiat.

"Oi Pin..apa mau datang rumah aku picit-picit hon" sentak aku.


"Pin mana pulak ni..aku lah Yusop Yakob" kata Usup kebingungan.

Rupanya Yusop Yakob, peniaga anggur di kampungku. Jarang sekali Usop mahu kerumahku, kalau tiada kenduri atau makan-makan percuma. Jadi aku bertanya apa sebenarnya hajat si Usop ini, kenduri arwah minggu hadapan. Aku cuba jelaskan pada beliau, takut dia salah hari, kesian pulak dia tidak dapat makan.

"Bukan pasal kenduri la..aku ada masalah cinta ini bro" adu si Usop padaku.


"Apahalnya..cer citer" aku cuba memujuk sambil mengusap-usap bahu beliau.

Cerita punya cerita. Rupanya gadis idaman si Usop telah lari meninggalkannya. Jadi si Usop ini pun frust, Usop cuma peniaga anggur. Gadis itu tak mahu hidup susah makan anggur hari-hari, jadi dia lari pada Abang Engineer yang ada kereta Honda Civic. Usop pun jenis yang panas baran, pantang silap sikit habis anggur di campakkan pada gadis itu. Nasib baik dia jual anggur, kalau dia jual durian. Aku tak dapat nak bayangkan.

Macam ni lah Usop, kalau kamu sayang sangat dengan dia mesti kamu mahu dia bahagia bukan. Jadi kalau dia tak bahagia dengan kamu tak guna juga paksa-paksa, jadi biar dia pergi dengan Abang Engineer tu. Mungkin dia lebih bahagia naik kereta Honda Civic dari naik motor Honda Cup kamu ni.

Kalau kita sayang seseorang tak semestinya dia kena bersama kita, kalau kita dapat lihat dia bahagia dari jauh pun sudah cukup. Ini baru betul cinta atau omputih cakap truelove. Jadi kamu doakan dia bahagia sudah. Jangan nak sedih-sedih sangat. Banyak lagi minah-minah yang teringin naik motor Honda cup sambil makan anggur kat Malaysia ni okay.

Chill Yusop Yakob.

4 ulasan:

  1. sometimes we like something,but it just not good for us. However, sometimes we hate something and it's the best thing for us.

    hee..
    ckap kat yusop yakob, sy suke makan anggur...
    hehehe..:)

    BalasPadam
  2. Aku sudah nasihatkan Yusop supaya menjadi usahawan anggur lepas ini, baru boleh pakai Audi A5 hitam ngorat gadis.

    BalasPadam