Isnin

Mee Gee Mee Tee

Konsert "Mee Gee Mee Tee". Penuh warna warni, gadis-gadis dan para perawan yang bergaya dengan baju tie-dye mereka. Mahu lebih hippie, ada yang memakai headband kat kepala tapi macamana dengan gadis bertudung? Tiada masalah, hippie punya pasal tudung pun tie-dye kemudian letak headband kat tudung. Para perawan bagaimana, rambut tak cukup panjang, jambang pun nak tak nak tumbuh. Apa ada hal, pakai juga headband walaupun rambut pendek pacak tengah. Mahu bergaya lagi, shades tak lekang dari mata walau sudah pukul 7 malam. Aku seronok melihat gelagat mereka, tapi bila tanya pasal Woodstock Festival. Ramai yang geleng kepala.

Mahu tengok "Mee Gee Mee Tee" kena la jadi hippies betul? Aku tidak kisah pun korang nak jadi hippie ke yuppie ke slurpee pun tapi tak payah nak mabuk-mabuk depan aku. Tak payah la nak balut dalam hall. Tak payah nak Sex, Drugs & Rock n Roll sangat. Nanti kena rush, masuk balai memang sorang-sorang aku siku kepala. Ini bukan 1960-an, ini bukan Woodstock, ini bukan Amerika, kalau nak jadi hippies sangat pergi duk dalam hutan, buat khemah. Duduk bandar lagi buat apa?

 "Peace"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan