Selak-selak surat khabar harini, seperti biasa hari-hari ada kes rogol, buang anak, buang family, bung mokhtar, eh. Itu isu sensitif pemandu wanita. Jadi bila aku sibuk selak-selak paper, aku terkinja, terobses, tersenyum seketika melihat satu iklan ini. Proton Xchange.
Turn your old car into a new Proton and get rebate!
Tukar kereta Saga R3 aku kepada kereta baru. Pergh..lepas tukar ni mesti gadis-gadis beratur nak naik kereta aku. Lepas tukar mesti makcik-makcik jiran rumah bagi senarai list anak-anak gadis mereka. Lepas tukar ni sure budak-budak kecil kejiranan yang tidak nakal tidak lagi meletakkan daun-daun kering atas kereta baru aku. Sebelum ini budak-budak ni ingat kereta aku seperti taman permainan. Terbaiklah anak kecik sekarang.
Senyap-senyap aku lipat paper dan angan-angan ini aku diamkan sahaja. Satu sudah tentu kerana faktor wang tapi ada sebab yang lebihi drastik. Pernah suatu ketika sewaktu drive aku bercakap tentang hal tukar kereta, mahu Honda Civic kataku (sbb nak lawan abg engineer). Kereta meragam terus, habis kena overhaul engine. Ada lagi (beberapa bulan kemudian), minat pulak tengok kereta drift-drift, nak beli Silvia lah camtu. 3 hari lepas tu, cermin depan aku pecah. Melayang RM250.
Orang tua-tua cakap, kalau nak tukar kereta kena senyap-senyap sebab kereta ada perasaan juga. Macam perempuan juga, kuat merajuk. Kalau kamu bising-bising dalam kereta memang cari nahas, mengamuk la. Macam bini kamu mengamuk bila cakap nak kawin lagi satu. Jadi bila nak cari isteri baru ke kereta baru ke silalah senyap-senyap okay. Haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan