Selasa

Bukan Hujan Basah

Apa kena memekak tengah-tengah pagi ni aku pun tak faham. Ada raya apa 13 Oktober 2010, bukan main lagi bakar mercun banyak-banyak. Mungkin aku terlupa tarikh perayaan di Malaysia, jadi aku lihat kalendar di atas rak buku bilikku. Geminids Meteor Shower? 13-14 Oktober 2010. Rupanya ini kalendar dari Planetarium Negara, patutlah ada gambar angkasawan negara Dr. Muszaphar.

Menurut Wiki, Geminids adalah antara beberapa jenis Meteor Shower yang dapat menghasilkan ratusan meteor dalam masa sejam. Banyak? Kamu belum lihat Meteor Storm lagi, lebih dari 1000 meteor dalam sejam. Ketawa. Baiklah, aku cuba selak-selak lagi kalendar ini. Baru aku sedar, hari yang Dr.Muszaphar berkahwin merupakan Hari Angkasawan (10.10.10). Memang angkasawan sejati.

Apa menariknya Geminids berbanding Meteor Shower yang lain. Meteor Geminids bukan sahaja berwarna putih malah terdapat juga dalam warna kuning malah ada sedikit yang berwarna biru, merah dan hijau. Siap-siap. Aku mahu panjat bumbung. Lihat luar. Macam mahu hujan, hujan pagi-pagi pun menarik juga ya. Senyum.


4 ulasan:

  1. agak2 dkt terengganu nmpk tak meteor shower ni?

    BalasPadam
  2. wah...tak dapat nk tgk^^

    BalasPadam
  3. bambam : xpastilah. boleh rasanya kalau rumah ada shower-bath. :)

    halusinasi : tahun depan ada lagi. usah berdukacita

    BalasPadam