Sudah berapa lama orang tidak bertanyakan tentang hobi aku. Apa aku suka buat pada waktu lapang. Masih terbayang-bayang ketika di bangku sekolah sewaktu rambut masih bersikat tepi. Nama saya Kasim dan hobi saya bersukan Cikgu. Setiap kali sesi perkenalan diri dengan guru baru, pasti jawapannya sama. Sukan apa yang kamu suka Kasim? Semua jenis Cikgu, janji badan boleh keluar peluh dan dapat ramai peminat. Dengan harapan dapat mewakili sekolah dengan jawapan tersebut tapi hampa aku tidak pernah mewakili sekolah dan sudah tentu tiada telegram cinta untuk Kasim. Mungkin benar aku tiada bakat dalam sukan. Dukacita.
Sekarang orang melihat aku sangat gemar berbasikal tapi sebenarnya aku lebih gemar berjalan dan melihat kehidupan. Kadang-kala kita terlepas pandang melihat apa yang ada di sekitar kita, mungkin masa berlalu terlalu pantas dan pacuan roda yang kita naiki juga semakin pantas bergerak. Dengan berkayuh aku boleh mengira berapa ekor kucing yang melintas jalan, berapa ekor anjing yang menyalak, berapa ekor nyamuk yang mengigit aku dan menyebabkan aku menjadi perhatian kerana aku berada pada mode slow motion. Waktu kelihatan berlalu dengan perlahan. Aku dapat melihat titis hujan dengan jelas, sekarang baru aku faham perasaan En. Neo ( Matrix ). Buka mata lihat dunia.
Neo : Why do my eyes hurt?
Morpheus : You've never used them before.
oke, LIKE!
BalasPadamlike riding or what?
BalasPadam:)
Haha. Bukan. i like ur words. "Kadang-kala kita terlepas pandang melihat apa yang ada di sekitar kita"
BalasPadamlepas ni nk pegi kelas awl sikit. jalan lmbt2. who knows tgh jalan tu jumpe something valuable. hee :)
kalau jumpa harta karun sila berkongsi sama rata ya.
BalasPadam