Ahad

Bukan Hero Kanak-Kanak

Hari ini bukan hari untuk Superman, Batman, mahupun Ultraman beraksi. Tiada Joker mahupun raksasa Skydon yang mahu membuat hura hara pagi-pagi ini. Cuma yang ada mereka-mereka yang mahu tunjuk power.

"Kami bukan hero kanak-kanak, cuma mahu menjadi POWERMAN"

Bertempat di Majlis Perbandaran Manjung Mini Stadium, 14 Nov 2010, mereka akan berlari sejauh 11km-64km berbasikal-10km berlari bagi merebut gelaran POWERMAN Malaysia anjuran MALACOFF. Mereka sangat bertuah kerana aku terlewat bangun dan tidak sempat menyertai duathlon kali ini. Tahniah juga kepada Joerie Vansteelant kerana memenangi perlumbaan hari ini. Nasib kamu baik. Tahun depan kita berjumpa, baru buku bertemu ruas.

Are You Ready to DU?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan