Anda sering ketawa dan ketawa juga boleh menghilangkan stress. Kita ketawa bersebab dan jika anda ketawa tanpa sebab, aku fikir baik kamu pergi jumpa pakar sakit jiwa segera. Mungkin ada masalah di situ. Ketawa biasanya berlaku apabila terdengar/terlihat benda-benda yang melucukan atau digeletek dan kadang-kadang kita berimaginasi terlalu tinggi sehingga terbayang pekara melucukan. Contohnya kita melihat lelaki gemuk dan ada kerbau di belakangnya. Otak anda tiba-tiba berkata Eh..ada dua kerbau-lah. Maaf, perilaku ini sangat tidak baik.
Tetapi disebabkan perilaku tidak baik inilah kita ketawa. Betul?
Di sini aku ingin menceritakan tentang gas yang membuat orang ketawa. Pada masa sekarang, untuk menghilangkan rasa sakit semasa operasi bedah, doktor biasanya menggunakan ubat kebas/bius (anestetik). Salah satu anestetik yang sering digunakan adalah gas nitrogen monoksida (N20). Gas yang ditemukan Joseph Priestley ini disebut juga gas ketawa kerana dapat menyebabkan orang yang menghirupnya tertawa terbahak-bahak. Akibat penemuan ini, kita sekarang tidak takut untuk mencabut gigi malah untuk menjalani pembedahan. Malah gas N20 ini kita gunakan sebagai bahan pembakar roket atau NOS (Nitrous Oxide System) jika anda pernah menonton filem 2 Fast 2 Furious.
![]() |
Ilustrasi Penggunaan Gas Ketawa |
Malam ini bukan seperti malam yang biasa kerana aku dapat merasai sendiri penangan gas ketawa ini. Ia bukan dihasilkan oleh doktor atau pakar sains kimia, tetapi oleh rakanku sendiri di kedai mamak. Mula-mula dia kelihatan senyap, mungkin berfikir dan akhirnya ia mengeluarkan gas ketawa tersebut. Sesiapa saja yang terbau pasti akan ketawa dan cakap " Cilake..siapa kurang ajar kentut ini". Tolong jangan tiru aksi ini, mahu membuat lawak pun sila guna kaedah lain.
ss : Gas ketawa buatan sendiri ini juga boleh membuat anda dipukul.
oke, sal kerbau tu memang kejam. kesian kerbau. hahaha xP
BalasPadamitulah. kadang-kadang kita bersikap kejam untuk membuat orang ketawa.
BalasPadam