Selasa

Tour De Chempaka

"You datang balik lagi setengah jam boleh ka? Ramai orang sekarang."

"Ha.. ok ok. Kasi cepat sikit print, saya mau study"

Music On : Aereogramme -Post Tour, Pre-Judgement

IPOH : Keadaan yang merunsingkan di kedai photostat, malam-malam exam memang berpusu-pusu deretan pelajar yang mahu print nota, fotostat soalan, fotostat jawapan bocor (kalau tidak keluar, bocor pulak air mata menangis). Sikap pelajar yang suka melengah-lengahkan kerja memang sukar dibendung. Aku hairan.

Peluang 30 minit yang diberikan oleh Aunty Lim aku isi dengan berpusing-pusing sekitar Taman Chempaka, yang majoriti pelajar politeknik menetap di sana. Tour De Chempaka pada malam itu amat mendukacitakan. Aku tahu niat mereka mahu study group tetapi macam ada yang tidak kena. Mulanya terlihat satu pasangan yang membaca buku di depan rumah tidak berlampu. Mungkin classmate lover, aku tidak kisah tapi akhirnya sudah letih pegang buku, pegang hidung gadis itu pulak. Macamana mahu belajar, nanti esok jawab dengan hidung berair.

Pusing lagi, di halaman depan ada pulak meja, tak cukup satu ditambah pulak kotak sebagai alas. Ini sangat ramai, lebih 10 orang yang study group. Baguslah, banyak otak boleh berfikir lebih tapi banyak pulak gossip dan cerita-cerita tidak elok yang timbul. Jatuh menyembang pulak mereka. Tour De Chempaka berakhir, aku mengambil nota yang aku print tadi dan terus pulang ke rumah dengan semangat belajar yang tinggi. Mungkin aku lebih selesa study group dengan rokok bebas cukai sebagai peneman. 

ss : 30 minit kemudian aku tidur sampai pagi. Terbaik!

3 ulasan:

  1. memang terbaik! gudluck final. dh lame tunggu encik kasim apdet blog. akhirnya ade jugak. haha. welcome back :)

    BalasPadam
  2. rajin noe hang update blog eh? haha. stadi stadi stadi asyik blog jek. jgn nk dok lepak makan lame2 sgt.

    BalasPadam