Aku tidak faham mengapa Indonesia-Malaysia harus bergaduh, mengapa ada segelintir pihak yang masih melaungkan " Ganyang Malaysia " yang dilancarkan Presiden Sukarno pada tahun 1963. Jika benar kita serumpun, mengapa harus membenci satu sama lain. Sebenarnya mereka ini bukan membenci tetapi bila perasaan perkauman itu wujud, tidak kira sama ada mereka salah ataupun betul mereka tetap menyalahkan orang lain. Aku tidak mahu pergi jauh, di Malaysia sendiri kaum-kaum yang berbilang etnik ini juga ada sikap perkauman mereka. Mungkin anda lebih senang bergaul dengan bangsa anda sendiri berbanding melepak/bersembang dengan bangsa lain. Jika kita tidak mahu merujuk kepada negara dan bangsa, kadang-kadang sikap ini juga wujud sesama bangsa. Sistem Kasta contohnya mewujudkan sikap benci antara kasta rendah dan kasta tinggi itu sendiri.
Mengapa? Kita harus membenci satu sama lain kerana perbezaan pendapat, perbezaan budaya, perbezaan agama, perbezaan taraf hidup. Bagi aku, perbezaan antara sesuatu kelompok dengan kelompok yang lain adalah untuk melengkapkan kita kerana kita tidak boleh menjadi sempurna. Kita memerlukan satu sama lain, jadi apa gunanya kita bergaduh jika pergaduhan ini boleh membuat kita kosong dan tidak lengkap. Mari kita dengar lagu Padi - Sahabat Selamanya, lagu ini sebenarnya bertujuan untuk memulihkan perasann permusuhan antara Indonesia dan Malaysia menerusi rancangan kartun paling popular di Indonesia iaitu Upin & Ipin. Aku amat kagum dengan usaha mereka dan aku harap perkataan "anti" akan hilang sedikit demi sedikit.
Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerana Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita
Mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya...Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya...Selama-lamanya...setia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan