Beberapa bulan membuat otak yang panas mula membeku. Menaip pun terketar-ketar, bukan parkinson tapi lebih kepada essential tremor. Tangan mengigil tapi tidak diketahui punca, tapi bila aku fikir mungkin berpunca kerana aku sudah 12 jam tidak makan apa-apa. Jadi mungkin aku boleh betulkan teori doktor ini, essential tremor bukan tiada punca, ada tapi orang segan nak cakap. Mungkin malu nak bagitau mereka tengah mengamalkan diet. Apa kena mengena diet dengan aku, aku kurus lah doktor. "Anda diet kerana perut beg dompet anda gemuk dengan surat-surat hutang" kata doktor itu.
Doktor sekarang sudah pandai membaca hati orang. Baguslah dia jujur, kalau aku bertemu bomoh mungkin lain pula jadinya. "Perut kamu ada masalah ni, kami panggil angin sial. Jangan risau, kamu makan blah, blah, blah. Ini akan membuang sial kamu". Kadang-kadang aku fikir balik, siapa sebenarnya sial, suka-suka cakap orang sial dan aku pelik kenapa masih ramai orang mahu berjumpa bomoh-bomoh ini semata-mata untuk diberitahu anda ini sial. Lebih baik suruh kawan anda bagitau. Lebih mudah bukan.
Baiklah-baiklah-baiklah.
Sebenarnya mahu memberitahu aku lapar sahaja. Bangun pagi-pagi memang begini, bau nasi lemak makcik depan jalan sudah mencucuk-cucuk hidung. Nasib baik tidak tajam, tidak mungkin terbelah hidung. Jadi pengajaran pagi ini, jangan merapu pagi-pagi. Pergi mandi dan terus ke gerai makcik depan jalan.
kadang2 bukan nak diet sangat tapi poket memakse. uhuk T_T
BalasPadamtry pujuk. mana tau dia lembut hati?
BalasPadam;|