sambung dari kes gaduh...
Baiklah. Kesan sakit gigi ini banyak juga bukan setakat kena makan bubur hari-hari, yang paling teruk aku tak dapat nak bukak mulut dengan luas. Bayangkan, mahu bersembang pun sopan kalah pengantin apatah lagi mahu menanyi, pitching tak sampai orang cakap. Itu benda yang boleh control, kalau ketawa macamana. Takkan nak tahan gelak, boleh jatuh sakit usus berlubang nanti sebab tahan gelak punya pasal. Jadi aku cuba untuk elakkan benda-benda kelakar jadi depan mata aku.
Nampak orang hampir jatuh, cepat-cepat pusing tempat lain.
Nampak maknyah berjalan, cuba jalan tempat lain.
Nampak orang ketawa, pandang mata orang itu sambil buat muka serius.
Macam-macam cara aku buat untuk tidak gelak tapi sebab obses sangat dengan Raja Lawak. Aku tertekan juga butang 105 semalam. Macamana mahu ketawa ini, tiba-tiba teringat pulak kata-kata doktor haritu :
"Ubat tahan sakit ini awak makan bila perlu sahaja"
"Sebiji sekali, selepas makan"
Ya. Inilah masanya, terus aku telan 3 biji sekaligus. Terbaik Pain Killer!
hey..jgn la overdose pain killer tu..nnt lain pulak yang jadi..=D
BalasPadam