Encik Manager suruh aku bawak ipod esok. Mana hendak cari, baru nak mula kerja dah macam-macam benda suruh beli. Kalau dia hendak bagi aku pinjam duit dulu tak mengapa lah, nanti hujung bulan dapat gaji boleh juga aku bayar balik. Tak kerja susah, nak kerja pun susah tapi aku curious juga dengan Encik Manager ini tak pasal-pasal suruh aku beli ipod kenapa? Nak suruh aku kerja ke nak suruh aku tidur dekat stor belakang. Aku membebel-bebel. Menyesal juga aku mintak part-time dekat Pizza Hut ini tapi hendak buat macamana, duit sudah tiada kena kerja juga.
Sebelum pulang, aku bertanya kepada pekerja senior di situ mengapa kerja pizza kena beli ipod? Pizza Hut ada join venture dengan Apple ke? Seronok juga kalau macamtu, boleh aku beli laptop murah nanti. Mesti ada diskaun untuk pekerja juga betul? Kalau dengan pekerja pun hendak kedekut memang tak ada orang mahu kerja la macamtu. Aku berangan-angan.
" Oi..bila masa kerja pizza kena beli ipod? Ang stone ke apa ni? "
" Tadi Encik Manager cakap ipod-ipod, bukan kena beli ipod? "
" Bukan ipod, suntikan Typhoid tu. Ang nak kerja mana-mana sektor pemakanan memang kena suntik nak cegah penyakit berjangkit. Kalau tak buat, Jabatan Kesihatan datang check mau kena saman. Ang ada duit nak bayar? Esok pergi Klinik Kesihatan suntik, bawak Rm 20.00 sekali "
" Oh..baik-baik. Dengan pantas saya buat "
" Bagus. Sikap ini memang kami perlukan sebagai rider. Pantas, berani dan kurang prihatin "
![]() |
Ayuh Hantar Pizza |
best of luck in what u r into.
BalasPadam