Jumaat

What I Want To Be? Think Careful

Tidak asing bagi mereka yang mencari pekerjaan, menghadapi pelbagai jenis temuduga. Temuduga sebenarnya tidak hanya secara face to face, kadang-kala mereka boleh juga membuat temuduga secara telefon. Mungkin ada yang terkejut apabila ditemuduga secara telefon sebab anda tidak bersedia dan anda boleh berkata begini sebenarnya " Excuse me Sir, I'm really sorry but could't you give me another half or one hour to prepare? ". 

Minggu ini merupakan job-hunting week bagi aku. Berpuluh-puluh resume dihantar dan biasanya hanya beberapa syarikat sahaja yang membalasnya. Daripada yang beberapa itu, hanya segelintir sahaja yang memanggil untuk sesi temuduga dan selebihnya hanya berkata We're sorry, the position you had inquired had been taken. Jadi untuk memenuhkan poket yang sedia kosong ini, aku terpaksa mencari kerja part-time dan untuk mendapatkannya aku terpaksa berbohong mengatakan aku boleh berkerja lama ( rasa semua pekerja part-time buat macam ini walaupun hanya mahu bekerja selama sebulan. Maaflah En. Supervisor/ Manager ).

Apa yang menyeronokkan minggu ini adalah panggilan temuduga dari pihak UniKL Mimet untuk program Bachelor of Maritime Operations (Hons). Ini adalah satu program/ kursus baru di Malaysia dan hanya UniKL yang menawarkan program/kursus ini dan jika aku berjaya, aku merupakan kelompok ketiga yang mengambil program/kursus ini. Semasa temuduga mereka agak hairan mengapa aku mahu bertukar dari engineering course kepada management course dan hanya satu jawapan yang keluar dari mulut 

I want to be a manager. Wish me luck.

3 ulasan: