Rabu

Miss Bloody Face

Siapa yang suka kelas pagi-pagi. Mahu bangun pun rasa malas, apatah mahu mandi. Tambah malas jika lecturer kamu jenis yang mudah touching dan moody tak kira masa. Bila budak buat bising sedikit, kata tidak respect. Bila budak datang lambat 5 minit, she said " I swear to God, it will effect your bloody mark ". Blood blood, cakap sajalah kamu keluar "blood" hari ini. Aku marah tapi aku bijak menyembunyikan rasa marah ini dengan senyum sepanjang sesi pembelajaran. 

Aku bangun dan terus bersiap-siap ke kelas miss bloody face ini. Nanti masuk lambat kena dakwat blood pulak kat attendance. Susah-susah. Dengan kelajuan maksimum aku terus menunggang motor ke kolej, belok kanan belok kiri, mencelah di tepi-tepi kereta, ada polis di tepi jalan angkat tangan, mungkin mahu menegur. Maaf pak, saya tiada masa nak berhenti tegur-tegur ni jadi aku angkat tangan balik dan terus berlalu pergi. 

Akhirnya sampai juga aku ke kelas dengan tepat. Tiada orang datang lagi, baguslah aku orang paling awal pagi ini. Baik aku melawat tandas sebentar, kena rokok sebatang dua dulu baru ada semangat pagi-pagi macamni. Hisap punya hisap, tiba-tiba handphone berbunyi, ada mesej rupanya. Oh..tiada kelas pagi ini. Penat-penat datang, main-main angkat tangan dengan polis lagi boleh batal pulak kelas. Sabar-sabar, baik aku keluar lepak makan nasi lemak dari marah-marah pagi-pagi. Terus aku start motor dan menuju ke kedai mamak berhampiran.

Sampai saja di mamak, aku terkinja, terkejut, termarah, ter"bloody" melihat Miss Bloody Face tengah seronok makan-makan, gelak-gelak bersama rakan-rakan lecturer

" Cik..kelas pagi batal eh " kata ku menegur.

" Oh kamu Kasim. Ya ya..kelas batal. Malam nanti saya buat kelas ganti. " balas Miss Bloody Face selamba.

" Baik baik. " jawabku sopan.

 " Ada juga orang mandi darah pagi-pagi ini " kata hati kecil Kasim.

3 ulasan:

  1. sabar ye kasim..bnyakkan senyum..haha...

    BalasPadam
  2. Hendak senyum banyak boleh tapi mulut ada satu sahaja. :)

    BalasPadam
  3. haha..Funny!
    okay okay..senyum selalu k..:)

    BalasPadam