Kuat betul angin petang ini, mungkin hujan sekejap lagi. Kepulan-kepulan awan hitam makin galak berkumpul di atas kepala membuat aku lebih pantas bergerak. Kalau basah jaket falkulti payah juga aku mahu ke kelas esok, sudahlah cuma ada sehelai. Wajib pakai hari-hari pula, mujur ada kipas meja Pensonic Sang Perwira Pakaian Basah.
Tap Tap Tap
Sudah hujan ni, mana payung wei, paku payung adalah tiga biji dalam beg buat ranjau budak-budak(Sila jangan tanya bagaimana). Mujur depan sana ada pondok, boleh aku lepak kejap. Kemudian aku teringat akan satu fakta, lupa pula dari mana tapi bunyi dia macam ini [Kadar peratusan air yang kena pada badan orang yang berlari sewaktu hujan lebih tinggi berbanding dengan orang yang hanya berjalan di dalam hujan]. Ini bermaksud jika aku mahu mengelakkan jaket falkulti aku dari basah teruk aku perlu berjalan slow-slow ke pondok, betul?. Takkan fakta tipu, jika fikir logik pun memang kelajuaan boleh membunuh manusia.
Baik Baik Baik En. Fact, aku ikut cara kamu ya. Slow and Steady
3 minit berlalu dan aku sudah hampir separuh jalan, perlahan-lahan, jangan rushing-rushing, relax dan akibatnya hujan turun dengan begitu lebat. Baju aku basah teruk dan aku fikir jika tidak mendengar kata En. Fact mungkin aku akan terus berlari dan sampai di pondok sebelum hujan turun dengan lebih lebat. Apa ini? Baru aku sedar, jangan percaya sangat pada fakta. Percaya pada diri sendiri lebih baik sebenarnya. Haish...terpaksa juga guna khidmat Paksonic Perwira Pakaian Basah malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan