Selasa

Hebat Sungguh Kau Perkataan

Pandang ke hadapan. Terus. Fokus. Tenangkan pemikiran, jangan fikir apa-apa selain stereng, anda dan jalanraya. Ada pula gadis seksi di kaki jalan, jangan hirau. Ada mall baru hendak buka, masih fokus. Ingat kosentrasi itu penting, abaikan segala persetanan yang menganggu minda anda. Jika persetanan ini berjaya menganggu kosentrasi anda sewaktu memandu. Begini jadinya.

"BUMMM"

Haiya..you apa pasai langga keleta saya. 
Maaf pek..saya hilang kosentrasi seketika.

Lihat. Kesan buruk akibat hilang kosentrasi sungguh merbahaya. Hari ini aku hilang kosentrasi, ya bukan kerana gadis seksi tepi jalan itu. Maaf aku tidak pandang gadis seksi. Gadis seksi sahaja yang selalu memandang aku. Hairan juga.

Baiklah baiklah baiklah

Hari ini aku hampir berlanggar dengan wira "evo" di hadapan kereta aku akibat terlalu asyik membaca tulisan-tulisan pelik di keretanya. Ada satu ayat- aku kurang pasti maksudnya dalam  font jawi tapi bukan bahasa jawi. Font sahaja jawi tapi bahasa melayu, ayat hadapan masih aku boleh baca "Kereta" tetapi yang belakang aku tidak faham. Mungkin "Kuat" atau "Kiut". Perkataan ini berjaya menganggu kosentrasi aku, gadis seksi pun tak dapat membuat aku hampir accident. Cis..hebat sungguh kau perkataan.

p/s - harap pihak bertanggungjawab boleh ambil tindakan segera berhubung pekara di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan