Teringat aktiviti aku semalam, hanya tidur pada hujung minggu. Sangat memalukan. Apa aku mahu ceritakan pada anak-anak aku bila tua nanti. Apa pula kata mereka padaku. Ayah ini tiada masa depan lah. Tiada wawasan. "You got no future daddy". Isk budak ini..cakap banyak pulak, tiada wawasan pun kamu lahir jugak bukan.
Oleh sebab itu, setelah bangun dari tidur aku terfikir akan satu aktiviti yang menarik. Mungkin anak-anak aku tidak akan mengutuk aku malah akan meng' mentor 'kan aku kelak. Aku ingin menjadi backpacker, merantau melihat dunia. Sebenarnya sudah lama aku mahu mengembara, account couchsurfing pun sudah ada. Ini menunjukkan aku ada sikap proaktif walaupun kerap tertidur.
Veni Vedi Vici. Teringat pula tentang pelayar dahulu, menjelajah menakluk dunia. Aku fikir seronok juga bila menjadi penjajah. Cuma datang bawa pedang, lihat sikit-sikit dan terus tawan negara tersebut. Bagaimana pula aku hendak menjajah kalau setakat ada backpack bag. Penjajah dahulu ada kapal perang, ada meriam, ada askar yang ramai. Mudah saja, kita guna otak bro. Mula-mula tawan gadis tempatan di sana, kemudian kahwin. Bila ada anak, suruh anak masuk bidang politik. Bila menang pilihanraya, anak jadi Perdana Menteri, aku sebagai bapa jadi penasihat negara. Itu kalau satu negara, kalau seluruh dunia. Bayangkanlah. Siap boleh buat majlis Reunion Anak-Anak Kassim.
Baik Baik Baik
Lupakan sebentar tentang hal menjajah itu, hal majlis reunion. Malaysia pun belum habis pusing, berangan mahu keluar negara pula. Pinjaman Ptptn sudah bayar bang? Tak kira lah anda sudah isi borang Ujrah ke belum, hitam tetap hitam (click). Jangan fikir hendak kahwin saja, hutang perlu bayar juga. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu, mahu kemana-mana pun tidak boleh. Itu sebenarnya sebab mengapa aku cuma tidur pada hujung minggu ini. Cis.
kene stop tido dihujung minggu n start backpacking..take pics sbgai evidences tuk anak2..
BalasPadamanak2 akn berkata" woaa woaa. i wanna be like u dad, u are great.".
then,ley la senyum puas ati dan bangge..:)
Semoge menjadi the best daddy..haha.
bukan tidak mahu. nama sudah ada dalam senarai hitam gara-gara ptptn. terbaik
BalasPadamya..nanti anak-anak pulak kata "abah..u cakap lebat la,bah.."
BalasPadam*same lah kite.dah dapat Ujrah pun tak sure terbayar tak hutang tu nanti..Takkan nak tunggu free kan.alahai..
perempuan takpe. duit hantaran 10-15 ribu boleh terus bayar hutang ptptn. laki ? susah-susah
BalasPadam