Rabu

Hari Apakah Ini

Terbangun dari mimpi yang enak harini, lihat phone. Oh..ada pesanan ringkas dari rakanku mengajak testing suara di karaoke berhampiran. Mengapa tiap kali bangun tidur perlu melihat phone dahulu, dulu masa kanak-kanak bangun mesti buat push-up 100 kali. Teknologi berjaya membuat manusia malas aku fikir. Lihat jam (phone lagi), sudah pukul 10 malam rupanya, jadi aku bergegas bersiap dan terus keluar. Macam vampire pulak aku rasa bangun malam-malam. Haha.

3 jam kemudian

Apabila tekak sudah kering maka air menjadi penawarnya, jadi penawarnya mesti ada di kedai mamak. Boleh juga mencari penawar di McD tapi tawar hati pula hendak mengeluarkan duit yang tidak seberapa ini. Akhirnya, mamak juga yang menjadi pilihan ideal tengah-tengah malam begini. 

Lepak-lepak. Sedut Asap. Lihat keliling. 

Baru perasan. Ada beberapa gadis (Vietnam kalau tidak silap) berpakaian agak mendalam melepak bersama beberapa warga India. Lihat sebelah kiri pula, ada seorang amoi berpakaian berkilau-kilauan bergurau senda dengan beberapa tauke cina. Ini baju kulit atau plastik, kilau semacam saja. Hari apakah ini. Semua wanita berpakaian agak menarik perhatian nafsu. Sabar sabar.

Jadi aku melihat kalendar di phone. Teknologi tidaklah seteruk mana yang aku sangka sebenarnya. Semua di tangan anda. Oh..hari Rabu rupanya (anguk-anguk). Mungkin ada ladies night di mana-mana. Tidak hairan lah kalau ada wanita seksi malam-malam begini di Manjung. Whathefuc. Sejak bila sosiobudaya tempat aku tinggal menjadi begini, kalau di Penang, Kuala Lumpur ke aku tidak begitu hairan.

Baiklah-baiklah-baiklah.

Pembangunan boleh mengubah sosiobudaya. Aku lihat keliling. Memang benar sudah banyak pembangunan di tempat aku ini. Aku lihat keliling lagi. Ada wanita melayu berskirt pink baru hendak masuk ke mamak. Memang hebat sosiobudaya di sini. Aku dah tak boleh tahan gelak. Jadi mamak sila kira semua, table ini, table vietnam, table amoi dengan table skirt pink tu sekali. Ini baru betul open table. Haha.

2 ulasan:

  1. table laki diorang kira sendiri ehk..haish!

    BalasPadam
  2. sebab ladies night. kalau gay night mungkin aku bayarkan mereka semua. :)

    BalasPadam