Malam kelmarin, kawan aku ada ajak menjerat burung ruak-ruak atau wak-wak. Asal usul nama tidak pula aku tahu, mungkin burung ini sering menjadi belaan masyarakat Jawa (khususnya pada golongan Wak). Aku rasa la, sebab nama pun wak-wak kan. Kalau kong-kong mungkin aku akan cakap dari Hongkong. Logik bukan.
Sebenarnya aku tertarik dengan ajakan kawan aku ini, yela sudah lama bakat menjerat aku tersimpan. Kira-kira balik, last time menjerat pada tahun 90-an, masa zaman kanak-kanak. Macam-macam aku jerat dulu, burung merpati pernah, ayam, itik lagi la banyak, kadang-kadang jerat kawan sendiri pun boleh. Umpannya mudah, cuma letak dedak dan beras untuk merpati. Tapi untuk menjerat burung wak-wak atau orang selalu cakap mendekut, umpan dia lain. Burung ini tertarik pada bunyi-bunyian. So kena la ada seruling, tiup-tiup kasi bunyi, gelek-gelek sikit (abaikan) baru burung tu datang. Tapi sekarang dah moden, kaset/cd burung wak-wak pun dah banyak di jual. Jadi tak perlu susah-susah meniup, kalau tak silap yang latest, Burung Wak-Wak Remix feat. John Mayer. Gila canggih teknologi sekarang.
Tapi yang membuat orang pelik, bukan pasal kaset feat. John Mayer tu tapi burung tak keluar-keluar. Benda lain pulak yang keluar, yela dah kamu pergi meniup seruling tengah-tengah malam tu buat apa. Benda tu marahlah bang. Benda apa aku tak tau la. Mungkin peti ais, itu kena tanya orang tua-tua sebab mereka cakap burung wak-wak ini ada penjaga. Jadi kalau tak ikut pantang larang masa mendekut, memang benda lain yang datang. Seram-seram. Jadi aku tidak jadi mendekut, bukan pasal seram tapi aku pencinta haiwan. Lagipun burung wak-wak ini adalah hidupan yang dilindung, jadi aku mahu melindungi haiwan ini.
Baik-baik-baik.
Jangan takut. Setelah mengkaji dengan teliti, aku sudah tau apa maksud penjaga burung wak-wak ini yang orang tua-tua maksudkan. Bukan benda peti ais tu, tapi penjaga anak-anak burung wak-wak adalah ibunya. penjaga ibunya adalah jaga diri sendiri. Tapi kadang-kadang, anak burung wak-wak ada yang yatim piatu, jadi dia pun kena jaga diri sendiri juga. Sekian.
pencinta haiwan perlu berhenti menjerat burung wak wak.
BalasPadam:)
betul. tapi kalau lapar sebat juga.
BalasPadamhaha
ouh pecinta haiwan rupanya
BalasPadamkadang-kadang orang boleh salah tafsir cinta terhadap haiwan dengan cinta dengan haiwan.
BalasPadamcinte dengan haiwan? perghh! haiwan bertopengkan manusia! woot woot!
BalasPadamjangan haiwan berbadankan manusia sudah. muka haiwan badan manusia.
BalasPadam