Rabu

Human Nature Are You

Hujan 2-3 hari ini membuat aku sudah lali dengan kemalangan, pergi kolej nampak eksiden, balik kolej nampak eksiden, makan nasi nampak eksiden, tidur pun sampai termimpi-mimpi eksiden. Jadi bila aku lihat ada kereta, motor, van dan orang ramai di tepi jalan, secara automatik aku anggap ada eksiden di hadapan dan aku akan bawa kenderaan dengan perlahan. Kenapa perlu bawa perlahan, sebab secara "human nature" kita akan sibuk nak tahu apa yang terjadi kat luar. Siapa eksiden, kereta apa eksiden, teruk ke mangsa kemalangan tu dan selalunya "human nature" hanya 10% akan berhenti tolong dan lagi 90% akan berlalu bersahaja. Bila ditanya kenapa tak mahu berhenti, kita akan cakap "Mat Rempit, biarlah dia" walaupun yang eksiden itu pakcik tua yang berserban. Ini mungkin sudah tahap "animal nature" aku fikir.

Berbalik kepada eksiden tadi, seperti biasa aku mahu ke kolej (kelas malam) dan ini agak luar biasa, aku lihat ada kereta, motor, van dan orang ramai di tepi jalan betul-betul di simpang perumahan aku. Aku rasa baru 3-4 hari lepas Majlis Perbandaran buat bonggol unta di situ. Masakkan ada orang bawak laju dekat sini, ini tak lain dan tak bukan mesti Mat Rempit ( human nature). Tapi aku pelik, ada bau aneh menusuk hidung dan semakin aku dekat bau itu seperti aku pernah bau. Ini first time aku lihat kemalangan yang berbau, selalunya orang cakap kemalangan tidak berbau bukan. Jadi aku menajamkan hidung dan mata melihat kemalangan apakah ini, pelik sungguh baunya.

Cis..

Rupa-rupanya bukan eksiden, ini orang jual durian tepi jalan. Patutlah ramai orang berhenti. Nasib baik aku bukan hantu durian, tidak memang kelas malam ini aku cancel. Hujan pulak kan, memang terbaiklah nak melantak durian tapi yang tak baiknya kenapa bukak gerai dekat simpang rumah aku. Nak keluar simpang pun dekat 10 minit pakcik oi. Nanti aku hilang sifat "human nature", ada juga masuk paper front page, Gerai Durian Dirempuh Kereta Ferrari R3. 

2 ulasan: